Selasa, 16 Oktober 2012

Gambar Pra Perkahwinan Lee Chong Wei Dicuri, Pejabat Dipecah Masuk

Sekumpulan penjenayah memecah masuk sebuah syarikat pembinaan milik Datuk Lee Chong Wei di Bandar Puteri Puchong dekat sini dan turut mencuri gambar praperkahwinan jaguh badminton negara itu dengan teman wanitanya, Wong Mew Choo.
Gambar pra perkahwinan Lee Chong Wei 
Kesemua gambar itu disimpan dalam komputer di pejabat Chong Wei Bina Jaya Sdn. Bhd., yang baru dua bulan beroperasi di kawasan tersebut.

Chong Wei ketika ini berada di Odense, Denmark untuk menyertai Terbuka Denmark dan beliau dikatakan terkejut setelah dimaklumkan oleh keluarganya mengenai kejadian itu.

Pengarah syarikat yang juga abang kepada Chong Wei, Lee Chong Hoon berkata, kejadian itu disedari seorang kakitangan syarikat yang datang untuk memulakan tugas awal pagi ini.

Pejabat Eee Chong Wei dimasuki pencuri


3 ulasan:

Huda berkata...

Kesiannya Dato LCW..Penjenayah takde hati perut!

tiga minit berkata...

kesian..yang peliknya awatla ambik album gambar org..pi buat sendirila..x fhm betul

Kak Mahh berkata...

Ambil gambar saja ke?

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/