KELAS MENJAHIT

Jumaat, 19 Oktober 2012

(Video) Lagu Harapan Bangsa-Jaclyn Victor Didakwa Menghina Agama

Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan digesa menyiasat lagu Harapan Bangsa nyanyian Jaclyn Victor yang didakwa menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekiranya didapati lagu berkenaan benar-benar mempunyai unsur seperti didakwa, tindakan berlandaskan undang-undang perlu diambil segera.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran memberitahu, lagu berkenaan tidak sesuai disiarkan kerana bimbang akan menimbulkan keresahan dalam kalangan penganut agama lain yang mungkin menganggapnya sensitif.

"Setelah meneliti lirik lagu ini, pada rangkap korusnya ada menyebut `setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di tahtah (takhta) mu' memberi gambaran seolah-olah orang Melayu Islam juga begitu.
"Dia (Jaclyn) kena sensitif, dalam lirik itu juga jelas menunjukkan `Yesus (Jesus) adalah tuhanku'. Kalau dia sebut setiap penganutmu, orang faham penganut agamanya (Kristian) saja tetapi jangan sebut setiap suku, kaum dan bangsa di negara ini yang turut meliputi orang Melayu.

"Saya harap Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan boleh merujuk perkara ini kepada Jakim untuk memastikan sama ada lagu berkenaan benar-benar menyentuh soal akidah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

6 ulasan:

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

Ish...kena lebih peka dan sensitif dengan isu macam nie...kang dengar dek bebudak, ikut nyanyi skli, kan susah...erm...

Joanna Yunus berkata...

Pakai hentam buat je.... tengok tajuk tanpa menghayati lirik....

rahsiaduitfree berkata...

bahaya ni. sapa la yang pantau pasal lagu-lagu ni yer.

Kak Mahh berkata...

Rasanya macam dengar lagu ni? Ke,,,,dengar dah dan tak perasan,,,???

tiga minit berkata...

Benda ni tak kan jadi isu kalau org yg diamanahkan 'buat kerja' memeriksa semua produk seni sebelum dibenarkan untuk umum...dah lepas barula nak bising...

Nour Ain Beauty Care berkata...

bahaya.. kena tapis lagu mcm nie...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/