Ahad, 25 November 2012

Gambar Anak Perempuan Nabil Raja Lawak Dan Nazirah

Tahniah diucapkan kepada Ahmad Nabil bin Ahmad dan pasangannya Nazirah Ayub diatas kelahiran cahaya mata sulung jam 8.40 pagi tadi.

Bayi perempuan comel seberat 2.67kg yang dilahirkan melalui pembedahan  di Klinik Umra, Shah Alam.
Doktor mencadangkan pembedahan memandangkan bayi sudah besar.
Nabil dan Nazirah mendapat anak perempuan
Berita ini dikongsikan sendiri oleh Nabil di akaun Twitter miliknya sebentar tadi.

"Alhamdulillah wife saye dah deliver baby gurl seberat 2.67kg pada jam 8.40 pagi 25/11/2012 tq for the wishes..alhamdulillah"
Gambar anak perempuan Nabil raja lawak
Menurut Nabil, setakat ini nama bagi anaknya masih belum diberi. Bergelar bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil.

“Saya gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak),” katanya.

Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga 30 September tahun lalu.

Nabil raja lawak bersama anak perempuannya
UPDATE 29 - Nov- 2012
Naira Mikayla. Buah Hati Nabil dan Zira. Selepas tiga hari dikurniakan cahaya mata sulung, pelakon, pelawak serta pengacara poopular, Ahmad Nabil bin Ahmad dan isteri, Nazirah binti Ayub akhirnya telah sepakat meletakkan nama puteri sulung mereka dengan nama, Naira Mikayla.

Difahamkan, sebelum ini penyampai radio Suria FM ini belum sempat mencari serta memilih nama yang sesuai untuk anaknya itu kerana Nazirah telah melahirkan anak mereka tiga minggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Gambar terbaru Naira Mikayla anak Nabil dan Nazirah


1 ulasan:

Admin berkata...

dah jadi daddy pon die, tahniah :)

Jom join:
Segmen Blogwalking sampai lebam!