Ahad, 11 November 2012

Gambar Tunang & Majlis Pertunangan Anne Ngasri Dengan Ahli Politik

Akhirnya gossip Anne Ngasri dengan VIP menjadi kenyataan. Selepas percintaan yang tidak kesampaian dengan Aliff Aziz, hari ini hatinya sudah pun terisi selepas sah bergelar tunangan orang.

Hari ini Anne Ngasri sah bergelar tunangan kepada seorang ahli politik berstatus duda berusia 40 tahun dan mempunyai seorang anak.
Majlis pertunangan Anne Ngasri & Ahli politik

“Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja — cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang,” ujar Anne Ngasri.

“Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah,” tambah beliau yang bertunang di kediaman keluarga Anne Ngasri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Dia betul betul ikhlas mengenali saya, keluarga pun suka dan kami sedang merencana ke peringkat seterusnya iaitu untuk mendirikan rumahtangga bersama sama”

“Dia bukan suami orang & paling penting keluarga merestui hubungan ini,” ujar beliau lagi. Tahniah buat Anne Ngasri juga pasangan Mohd Sumali Reduan, semoga berbahagia hendaknya.
gambar tunang Anne Ngasri, Mohd Sumali Reduan, ialah Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia.
Anne Ngasri bersama tunangnya Mohd Sumali Reduan
Baju tunang Anne Ngasri rekaan Ezuwan Ismail
Gambar dari  buahmulut.com &  beautifulnara.com
Hantaran Ann Ngasri dan Mohd Sumali
Gambar tunang Ann Ngasri dan Mohd Sumali


Tiada ulasan: