Jumaat, 30 November 2012

Untukmu Palestin-Lelong Trofi Kemenangan Faizal Tahir Dapat RM80,000

Program amal ‘Untukmu Palestin’ telah disiarkan secara langsung di TV3 yang bermula pada jam 11.00 malam. Selain menyaksikan beberapa artis ternama membuat persembahan istimewa seperti Raihan, Tomok dan Misha Omar, Faizal Tahir pada malam itu turut mengumumkan bahawa setakat ini, trofi kemenangan yang mahu dilelong demi membantu insan yang memerlukan sudah pun mencecah angka RM80,000.
Trofi kemenangan Faizal Tahir di lelong
Faizal Tahir mendapat RM80,000 melelong trofi kemenangannya
Trofi yang berjaya dibida dengan harga tertinggi ialah trofi kemenangannya di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-15 bagi Album Terbaik 2008 menerusi album ‘Aku Muzik Kamu’, trofi Anugerah Juara Lagu 2003 menerusi Kategori Persembahan Terbaik, dan trofi Anugerah Planet Muzik 2008 menerusi Kategori Artis Lelaki Paling Popular.

Telekom Malaysia (TM) menjadi pembida tertinggi dengan RM50,000 sementara Maybank dengan harga RM20,000, manakala Celcom Axiata pula menyumbang sebanyak RM10,000 demi membantu mereka yang kurang bernasib baik. Atas kesedaran yang tinggi khasnya daripada badan karporat, Fazial Tahir melahirkan rasa syukur dan gembiranya. Masakan tidak, pada peringkat awal dia tidak menyangka tiga trofi tersebut boleh mencapai angka bidaan yang cukup tinggi dan di luar jangkaan.

“Ya, ia melebihi target saya sebenarnya. Jujurnya, saya merasakan trofi-trofi tersebut hanya boleh dijual di antara RM30,000 hingga RM50,000 sahaja. Tapi tak sangka pula ada pihak yang sanggup letak harga lebih tinggi daripada itu. Alhamdulillah,”katanya sebelum membuat persembahan khas pada malam tersebut.

Sementara itu, RM80,000 yang diperolehi daripada bidaan tiga trofi tersebut akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima yang juga merupakan satu kerjasama dengan Mercy Malaysia.


1 ulasan:

Unknown berkata...

semoga Allah merahmati Faizal Tahir..