Sabtu, 8 Disember 2012

Gambar Majlis Pernikahan Betty Banafe Dan Bruce Dargus

Dengan sekali lafaz Betty Banafe selamat menjadi isteri kepada Bruce Dargus yang telah berlangsung pada pukul 2 petang tadi. Majlis tersebut berlangsung di sebuah villa di Kempas, Johor. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Johor Bahru, Ustaz Ahmad Faizal dengan berwakil wali adik lelaki Betty: Rifqi Benafe. Mas kahwin pasangan ini ialah sebentuk cincin.
  Betty Banafe Dan Bruce Dargus dimajlis pernikahan 

Upacara akad nikah Majlis Betty Banafe Dan Bruce Dargus


Majlis Pernikahan Betty Banafe Dan Bruce Dargus
Betty Benafe yang mengenakan busana putih tema Arab, menerima 5 dulang hantaran iaitu telefon bimbit Samsung S3, sebuah Macbook Air, sebuah Apple TV, telekung dan tepak sirih. Bruce Dargus pula segak mengenakan sut menerima 7 dulang hantaran: Al-Quran digital, sehelai songket, set wangian lelaki, tepak sirih, buah-buahan, sejadah dan sirih junjung.

Upacara menyarungkan cincin- Majlis Pernikahan Betty Banafe Dan Bruce Dargus
Majlis pernikahan yang dihadiri oleh lebih 300 tetamu jemputan antaranya VVIP dan pihak media ini turut diserikan dengan kehadiran sanak saudara Betty Benafe yang berasal daripada Indonesia.

Majlis persandingan mereka dikatakan akan berlangsung pada 12 Disember 2012 (Rabu) di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru. Kredit gambar kepada Saza Studio.

 Majlis Pernikahan Betty Banafe Dan Bruce Dargus(ibu bapa Bruce)



1 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Tahniah,semoga kebahagiaan milik mereka.