Khamis, 27 Disember 2012

Gambar Majlis Pernikahan Siti Fazurina Dan Hykal

Perkahwinan Siti Fazurina dan Hykal boleh dikatakan penuh dengan kontroversi.Siti Fazurina telah dikatakan kawin lari oleh keluarganya. Tapi bila melihat majlis pernikahan Siti Fazurina dan Hykal nampaknya seperti majlis artis yang lain meriah dan siti Fazurina begitu cantik sekali.
Siti Fazurina dan Hykal di majlis pernikahan mereka

Fazurina memohon maaf kepada pihak media kerana tidak menghantar jemputan bagi menghadiri majlis pernikahannya pada Khamis lalu. Bagaimanapun, Fazurina berjanji akan menjemput pihak media untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinannya pada 9 Februari hadapan di Pulau Pinang.

Bercerita sedikit tentang jejaka pilihannya itu, Fazurina memberitahu Hykal merupakan rakan perniagaanya sebelum ini. Selain itu, Hykal juga terlibat dengan kerja-kerja pembinaan.
Siti Fazurina sangat cantik memakai pakaian pengantin
Gambar perkahwinan siti Fazurina
 “Hykal bukan pengurus Rina, sebaliknya dia adalah rakan perniagaan untuk produksi yang Rina miliki. Selain itu, Hykal juga mempunyai perniagaan dalam kerja-kerja pembinaan,” ujar Rina.

Kepada Fazurina dan Hykal, selamat pengantin baru. Layari rumahtangga dengan penuh kesabaran. Lebih-lebih lagi dengan dugaan yang telah menimpa anda. Semoga berbahagia sehingga ke hujung hayat. Kredit gambar kepada Facebook The Photolicious.





1 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Cantiknya...pengantin.