Isnin, 3 Disember 2012

Gambar Majlis Resepsi Diana Danielle Dan Farid Kamil di Taman Ekuestrian

Bertemakan ‘Barbeque Wedding’, Farid dan Diana berarak masuk ke perkarangan Taman Ekuestrian diiringi Unit Berkuda PDRM.

Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson,21, tampil anggun dalam busana mewah rona putih ala puteri raja hasil rekaan daripada label MimpiKita dan ditatarias oleh jurusolek terkenal, Chot. Manakala Farid Kamil pula mengenakan uniform khas yang ditempahnya untuk digayakan pada malam tersebut.
Majlis Resepsi Diana Danielle Dan Farid Kamil di Taman Ekuestrian 
 Dato` Dr Zahari bapa Farid telah bermurah hati menghadiahkan anak dan menantunya sebuah kereta BMW X6 Sport sebagai hadiah perkahwinan mereka. Ini adalah tanda restu daripadanya dan keluarga dengan penyatuan dua hati ini.

Diana Danielle dan Farid Kamil menaiki kereta kuda di majlis Resepsi mereka
Baju pengantin Diana Danieele
 Selain sahabat dan saudara mara, majlis ini turut dihadiri oleh tetamu dikalangan orang kenamaan, para media dan rakan artis. Antara selebriti yang hadir adalah Maya Karin, Fazura, Nad Zainal, Zulhuzaimi, dan Zul Suphian. Manakala, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada Adira dan Amir Jahari.
Pelamin perkahwinan dalam taman Diana Danielle dan Farid Kamil
Majlis resepsi kedua bagi pihak lelaki akan diadakan di Jitra, Kedah pada 12 Disember ini dan masih mengekalkan konsep perkahwinan dalam taman.

Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/