Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Sabtu, 29 Disember 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Apek (Khairul Fahmi) Dan Leuniey

Penjaga gol skuad bola sepak Kebangsaan, Khairul Fahmi Chet Mat, 23, atau Apex memanjatkan kesyukuran kerana majlis akad nikahnya telah berlangsung dengan selamatnya.

"Saya sendiri rasa macam tidak percaya bahawa saya kini sudah bergelar suami kepada Nur Eilunie Natasha Jaafar. Namun, Alhamdulillah kerana segalanya telah dipermudahkan Allah SWT.

"Mengenai wang hantaran berjumlah RM19,000 ia sebenarnya simbolik kepada angka 19 yang juga merupakan nombor bertuah bagi saya. Jadi, saya harap jumlah wang hantaran ini akan memberikan tuah dalam perkahwinan saya bersama Leuniey.

"Tentang soal berbulan madu, saya dan Leuniey masih belum memikirkannya lagi kerana apa yang penting adalah mendahulukan perkara yang wajib. Selepas kahwin, rutin harian saya tetap sama iaitu menjadi penjaga gawang Kelantan," katanya kepada murai.com.my.


 Kira-kira jam 10 pagi tadi, Apex dengan Leuniey telah selamat diijabkabulkan di kediaman keluarga Leuniey. Pasangan ini telah di telah dinikahkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib dengan bersaksikan Abd Malik Junoh dan Khairuddin Abu Bakar daripada keluarga belah pihak Leuniey serta Selamat Saimun dan Mohd Zuki Mat Min (pihak lelaki). Turut hadir adalah uimbalan Mufti Kelantan, Dato` Nik Abd Kadir.
 Dalam majlis tersebut, rombongan pihak lelaki turut menyerahkan wang hantaran yang juga mas kahwin bernilai RM19,000 berserta 7 dulang yang mengandungi barang-barang seperti kain Sepasang, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung, berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan yang terdiri daripada kain Sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Majlis akad nikah Apex dengan Leuniey ini turut mendapat liputan lintas langsung dari Astro Awani. Malah, ia juga turut dirakamkan untuk program Walimatul Urus di Astro Ria.

0 lebah buat bising: