Jumaat, 7 Disember 2012

Koleksi Jenama Tudung FARAHiskandar-Milik Farah Lee

Farah Lee isteri kepada pengacara terkenal Ally Iskandar kini telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Farah memiliki perniagaan online sendiri, yang menjual tudung Bawal berjenama Farah Iskandar.
Mula beroperasi pada 10 November lalu menerusi tempahan online, perniagaan ini mendapat sambutan daripada golongan Muslimah.

Memetik kenyataan daripada laman Facebook milik Farah, sebagai permulaan, mereka memperkenalkan selendang bawal yang dijual menerusi online secara tempahan.
Tudung Farah iskandar-warna biru
Koleksi tudung Farah iskandar

Tudung farah iskandar berwarna lembut
 "Pertama kali membuka tempahan, masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dalam menguruskan koleksi.

"Jadi kami mengambil keputusan untuk tidak menerima terlalu banyak order, khuatir tidak terlayan dan berlaku kecuaian.

"Insya-ALLAH kami akan kembangkan perniagaan secara beransur-ansur. Maafkan kami jika gagal memuaskan semua pihak," kata Farah menerusi laman Faceboknya,  FARAHiskandar


Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/