Khamis, 10 Januari 2013

Bayi Maut Disuntik Ubat Kecut Rahim Selepas Dilahirkan

Lagi kecuaian dari pihak hospital. Sepasang suami isteri memfailkan saman atas kecuaian kakitangan hospital swasta di sini, yang didakwa menyuntik ubat mengecutkan rahim sehingga menyebabkan kematian bayi lelaki mereka.

Juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Petaling Jaya, Selangor Mohd Helmi Mohd Isa, 30, dan isterinya, Norehan Abdul Hassan, 30, yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah politeknik di Tanjung Malim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, semalam.

Mereka yang berkahwin tiga tahun lalu, mendakwa kecuaian itu menyebabkan bayi pertama mereka yang dilahirkan pada 5.19 petang, 13 April lalu menerusi pembedahan, maut dengan kecederaan teruk pada organ dalaman serta kepala.
gambar hiasan
Norehan berkata, bayinya yang dinamakan Muhammad dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna fizikal, sebelum dimaklumkan bayinya kritikal.

Saya langsung tidak sempat mendakap dan mencium, apatah lagi menyusukan anak saya. Ini kerana beberapa jam dilahirkan, saya dimaklumkan seorang doktor hospital itu bayi saya berada dalam keadaan kritikal selepas diberi satu suntikan, katanya.

Tak tertanggung rasanya menghadapi kesedihan hilangan bayi, lebih-lebih lagi kerana kecuaian orang lain. Harap ibu bapa berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya.
Gambar bayi Muhammad yang maut kerana tersalah suntik ubat
Update
Seorang pensyarah wanita dan suaminya memfailkan saman terhadap Hospital KPJ Ipoh yang didakwa cuai hingga menyebabkan kematian bayi lelaki mereka pada April tahun lalu.

Norehan Abdul Hassan, 30, dan suaminya, Mohd Helmi Mohd Isa, 30, memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, semalam, bagi menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi am, ganti rugi teladan dan kos berkaitan bagi kes berkenaan, selain ganti rugi khas.

Dalam writ saman itu, mereka menamakan Doktor Sharifah Halimah Jaafar dan KPJ Ipoh Specialist Hospital Sdn Bhd sebagai defendan.

Sebelum ini, beberapa rundingan dilakukan antara kedua-dua pihak, namun tiada persetujuan diperoleh. sumber



4 ulasan:

Nurulhuda Abdul Latip berkata...

Sedihnyaaa

Qashmere berkata...

ya allah sedihnya. macamana hospital swasta cuai macam ni sekali. ingatkan hospital gov...

semoga keluarganya tabah

ct cheery berkata...

alahai..ciannyer mereka

Hanny Abdullah berkata...

salam...sedih baca kisah ni, tp sedih lagi bahu yg menanggung d sebabkan kehilangan anak, mamahanny dpt rasa apa yg mereka rasa di sebabkan kehilangan...huhu

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/