Jumaat, 18 Januari 2013

Budak Perempuan 11 Tahun Dilarikan Kekasih 17 tahun

Gambar Teratai Kamilia dikatakan dilarikan kekasih berumur 17 tahun
Apa nak jadilah sekarang ni. Kalau dulu umur 11 tahun tu masih main pondok-pondok, tak pun main galah panjang dengan rakan sebaya. Tapi sekarang 11 tahun dah pandai ada kekasih,sanggup pula lari bersama.

Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.

Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, yang juga murid Sekolah Kebangsaan Taman Permata, Kuala Lumpur dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang.

Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu.

Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius.


Gambar Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dan  Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17

2 ulasan:

Nurulhuda Abdul Latip berkata...

alamak muda lagi dah nak bercinta...harap budak perempuan ni dapat balik ke pangkuan keluarganya semula.

nini berkata...

kesiannya la...budak2 lagi....huhu...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/