Isnin, 21 Januari 2013

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Yang Sangat Romantik

Tinggal kurang sebulan saja lagi aktres Liyana Jasmay, 25, akan menamatkan zaman anak daranya dan berkahwin dengna jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan, 29.

Liyana, bakal bernikah dengan ahli pernigaan itu, pada 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 9 Februari.
gambar romantik Liyana Jasmay dan Fathuddin


Liyana memberitahu selepas berkahwin kelak, dia akan berpindah ke Kota Kinabalu, Sabah, mengikut bakal suaminya yang bekerja di sana.
 Liyana Jasmay dan Fathuddin-gambar pra perkahwinan mereka


  Liyana Jasmay dan Fathuddin-gambar pra perkahwinan mereka ditepi pantai
Mengenai persiapan majlis bersejarahnya itu nanti, semuanya kini berjalan lancar. Liyana berkata majlis majlis perkahwinan nanti adalah majlis yang ringkas tetapi lebih dekat dengan jiwa semua yang hadir.

Liyana bakal mengenakan gaun pengantin rekaan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie.
Apa kata kita layan dulu tengok gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin oleh CandidSyndrome







6 ulasan:

Alyza Fisol berkata...

gambar yg cantik... :)

y i e n berkata...

kemain sgt gambar pre-wed dia :P

Mila@Rimbun berkata...

pre wed dah pegang2... lom sah lg tuh

Kak Mahh berkata...

Masa dah hampir sangat ni...

Mamamia berkata...

Terikut2 budaya kapir

Mamamia berkata...

Terikut2 budaya kapir