Rabu, 2 Januari 2013

Pelakon Dan Model Zarina Anjoulie Lavocah Didakwa Memiliki Dadah

Awal-awal lagi tabir 2013 dibuka dengan kisah yang ‘gempak’! Muka depan Harian Metro, semalam memaparkan kisah seorang pelakon wanita seksi ditahan pihak berkuasa selepas didapati memiliki dadah di sebuah kediaman mewah, kelmarin. Dia dilaporkan bersama teman lelakinya, seorang penganggur memiliki pil disyaki Eramin 5.
Zarina Anjoulie didakwa memiliki dadah
Pelakon seksi, Zarina Anjoulie Lavocah dan rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadap tuduhan memiliki dua biji pil disyaki pil erimin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina yang mula dikenali menerusi drama bersiri 'Anak Pontianak' dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa secara bersama-sama memiliki pil tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada 5.30 petang, 30 Disember lalu.

Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membebaskan Zarina dan Mohamad Fakhruzaim dengan ikat jamin masing-masing RM2,000 beserta seorang penjamin yang terdiri daripada ahli keluarga.

Mahkamah menetapkan 8 Februari ini untuk sebutan kes.


HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/