Khamis, 10 Januari 2013

Sinopsis Drama Janji Shirah DiTV3

Akan datang drama bertajuk Janji Shirah akan menemani anda setiap Ahad jam 9 malam di TV3.Pelakon utamanya ialah Nabila Huda ,Iqram Dinzly,Aeril Zafril, Fauzi Nawawi, Zarina dan juga Fasha Sandha.
Poster drama Janji Shirah

Sinopsis Drama Janji Shirah
Shirah adalah seorang pelajar kolej tahun akhir dalam jurusan perhubu­ngan awam. Dia sentiasa ceria dengan hidupnya walaupun bukan berasal daripada keluarga berada.
Shirah mempunyai seorang teman lelaki, Luq­man yang me­ngambil jurusan kejuruteraan. Shirah sangat rapat dengan Mira, namun dalam diam, Mira menyimpan perasaan terhadap Luqman dan sudah nekad untuk mendapatkan Luqman dengan caranya sendiri.

Kakak Shirah, Arfah terpaksa bekerja keras demi menyara anak-anaknya iaitu Balqish, Afiq dan Liana kerana sikap suaminya, Zali yang lebih mengutamakan madunya, Nurin yang berasal daripada keluarga kaya.

Arfah berpesan kepada Shirah supaya menjaga anak-anaknya dan jangan memisahkan mereka bertiga sekiranya sesuatu terjadi pada dirinya kelak. Namun, Shirah hanya menganggap Arfah bergurau kerana menganggap dirinya masih muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Selepas Arfah mening­gal dunia akibat barah otak, Shirah dibebani tang­gungjawab untuk menjaga anak saudaranya. Oleh kerana janjinya kepada Arfah dan juga sikap lepas tangan Zali yang enggan bertanggungjawab, dia mencari kekuatan untuk menyara hidup tiga beradik itu walaupun masih belum habis belajar.

Poster dapat dari FB TV3 tak dapatlah dipastikan tajuk sebenarnya Janji Shirah ataupun Janji Sirah. Yang penting pelakon utamanya Nabila Huda pasti best.


Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/