Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Rabu, 23 Januari 2013

Surat Dari Langit Biru Samarinda TV3-Adaptasi Lagu Teman Pengganti Black

Buat kali pertama slot Samarinda beralih dari drama bergenre korporat kepada drama masyarakat yang memaparkan konflik keluarga yang cukup menarik. Mendapat sentuhan pengarah berpengalaman Rashid Sibir, drama 'Surat Dari Langit Biru' bakal mengisi slot tersebut sebaik sahaja drama 'Ruby' tamat.

Pelakon drama Surat Dari Langit Biru -Samarinda TV3
Sinopsis Surat Dari Langit Biru Slot Samarinda
Memaparkan kisah keutuhan kasih dua beradik, Salmi lakonan Yana Samsudin dan Johan As'ari selaku Zarul. Hidup dalam keadaan serba kekurangan, Zarul dan Salmi mengharungi kehidupan mereka bersama ibu tercinta, Mak Munah (Fauziah Nawi) dan juga ayah mereka lakonan Dato' Rahim Razali.

Cinta dan sayang Zarul terhadap Salmi mengatasi kasih terhadap dirinya sendiri. Zarul rela berkorban demi kebahagiaan kakaknya. Heykal (Fizo Omar) yang menaruh perasaan terhadap Salmi sejak di bangku sekolah lagi menyimpan dendam dek cintanya yang tidak terbalas. Kelebihan sebagai anak ketua kampung digunakan sepenuhnya Heykal untuk mendapatkan Salmi.

Salmi yang dipaksa berkahwin bersama Heykal demi melunaskan segala hutang ayahnya pada ayah Heykal berazam mengubah nasib keluarganya. Salmi berjaya menggenggam segulung ijazah dan bergelar seorang doktor. Langit tidak selalunya cerah, Salmi hidup terseksa dalam cengkaman Heykal yang berselindung di sebalik kegiatan haram sebagai sumber pendapatannya.

Bersama adik perempuannya Lisa (Tania Hudson) , Heykal berusaha memutuskan ikatan antara Salmi dan Zarul. Dalam masa yang sama, Zarul menyimpan satu rahsia yang cukup besar dari pengetahuan Salmi. Lisa pula membuat onar dengan tujuan memerangkap Zarul. Berjayakah Heykal melunaskan rancangan kejamnya? Dapatkah Zarul terus mendamba kasih kakaknya dan apakah rahsia yang dipendamnya selama ini?

Drama 15 episod ini bakal menemui penonton bermula 6 Februari, jam 10.00 malam setiap hari Selasa hingga Khamis.

Drama Surat Dari Langit Biru menampilkan Johan As'ari, Yana Samsuddin, Fizo Omar,Tania Hudson juga penampilan hebat Dato' Rahim Razali, Fauziah Nawi, Nasir Bilal Khan, Nabilla Dally, Ika Nabila dan Iqram Dinzly. Menjalani pengambaran sekitar Sungai Besar, Selangor, Desaru, Johor dan Kuala Lumpur.
Pelakon drama Surat Dari Langit Biru sedang shooting
Khas untuk mereka yang minat dengan Lagu Teman Pengganti, menariknya drama ini, ia bukan sahaja menggunakan lagu Teman Pengganti nyanyian Black sebagai lagu tema, malah bait-bait lirik nukilan Malique itu juga diterjemahkan ke dalam penceritaan Surat Dari Langit Biru.Jadi jangan lupa saksikan Drama Surat Dari Langit Biru nanti. Info dari gua.com.my





1 lebah buat bising:

Kak Mahh berkata...

Akak jadi penunggu tv lah. ..