KELAS MENJAHIT

Khamis, 3 Januari 2013

Tanah Runtuh Di Putra Height,Subang Jaya, 6 Kereta Tertimbus

Tanah runtuh di Subang Jaya-3 Jan 2013
Enam kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Balai Polis Putra Height, Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian itu dilapor berlaku pada pukul 6.12 petang.

"Sehingga kini maklumat yang diterima hanya melibatkan kenderaan yang tertimbus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sehingga kini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang.info sinarharian


update 4 Jan 2013
Tanah runtuh dan banjir lumpur di Subang Jaya
Kereta yang menjadi mangsa tanah runtuh dan banjir lumpur di Putra height
 Kereta yang menjadi mangsa tanah runtuh dan banjir lumpur di Putra height
Keadaan di tempat kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Putra height 
Tujuh buah kenderaan yang melalui jalan menghala ke persimpangan lampu isyarat Persiaran Putra Bahagia dan Persiaran Putra Perdana di Putra Heights di sini semalam ditimpa banjir lumpur yang mengalir secara tiba-tiba dari kawasan lopak di kaki bukit di situ.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, pemandu lima buah kereta, pemandu sebuah van dan penunggang sebuah motosikal tidak cedera.

Jarak antara kawasan lopak dengan jalan yang dilanda banjir lumpur kira-kira 20 meter.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, tanah lumpur dari lopak itu mengalir menimpa tujuh buah kenderaan tersebut selepas sebahagian dari lereng Bukit Cermin yang tiba-tiba runtuh.

“Runtuhan tanah pada lereng bukit itu menimpa lopak di kaki bukit mengakibatkan lumpur dari lopak itu melimpah ke atas jalan.

“Kawasan tanah lereng bukit yang runtuh itu berlaku di kawasan tapak pembinaan rumah di atas bukit tersebut,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo!

Berikutan kejadian itu, Yahaya berkata, kerja-kerja pembersihan lumpur sedang dilakukan oleh pihak kontraktor projek pembinaan tersebut dengan dibantu pasukan bomba dan penyelamat.

“Sehingga pukul 10 malam tadi jalan tersebut masih ditutup dan dikawal oleh Unit Peronda Polis dan polis trafik,” kata beliau.

Bagaimanapun, menurut beliau, tiada kawasan perumahan penduduk terjejas ekoran kejadian tersebut.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tanah runtuh itu pada pukul 6.12 petang.

“Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang. info kosmo.com.my 

Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/