Selasa, 29 Januari 2013

Video Pakaian Jennifer Lawrence Terlondeh Di Anugerah SAG

Tidak diragui ia adalah malam kemuncak karier lakonannya. Bagaimanapun, kegembiraan itu hampir bertukar menjadi kejadian yang memalukan bagi Jennifer Lawrence pada majlis Anugerah Screen Actors Guild, semalam.

Di depan hadirin yang terdiri daripada bintang ternama, pelakon jelita berusia 22 tahun itu hampir kehilangan pakaiannya ketika berjalan untuk menerima hadiahnya.

Dia menderita akibat menghidap pneumonia dan bersaing dengan beberapa pelakon ternama Hollywood untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik. Bagaimanapun, Jennifer masih berani untuk memilih pakaian luar biasa untuk majlis berkenaan.

Apabila namanya diumumkan untuk mengiktiraf peranannya dalam filem Silver Linings Playbook, bencana menimpanya.

Sambil berdiri dan memeluk mereka di sekelilingnya, bintang Hunger Games itu tidak menyedari ada orang yang meletakkan kaki kerusi mereka pada gaun Christian Diornya yang mahal itu.

Aktres itu cuba berlari naik ke pentas, menyebabkan pakaiannya terlondeh, sehingga mendedahkan seluruh pahanya.

Pelakon siri Breaking Bad terkejut apabila berpaling ke belakang ketika Jennifer menyedari dia berdepan dengan masalah berhampiran meja mereka.

Rakan pelakon, Nicole Kidman dan Marion Cottilard juga terkejut dengan kejadian itu. Reaksi mereka dirakam oleh kamera, khususnya Cottilard, aktres Perancis, sehingga matanya terbeliak.

2 ulasan:

ZaloraTeamMY berkata...

Salam daripada Zalora Malaysia.

Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my sebelum ini? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my.

soooooour berkata...

apa beza londeh n x londeh bg mereka??hehe

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/