Rabu, 13 Februari 2013

4 Gambar Tunang Fizz Fairuz Bernama Azlyn Massiela

Majlis pertunangan Fizz Fairuz telah berlangsung pada 10.2.2013 yang lalu. Ini gambar tunang Fizz yang bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar.

Fiz Fairuz bersama tunang di majlis pertunangan mereka
Fizz Fairuz menyarungkan cincin tunang ke jari Azlyn
Tunang Fizz Fairuz  Azlyn Massiela Mohd Nazar.
  Azlyn Massiela Mohd Nazar bakal isteri Fizz Fairuz.
Gambar dari https://www.facebook.com/amy.qaseh

Update
Tindakan Fizz Fairuz yang menyarung cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam.

Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, mengikut hukum Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan selagi belum melaksanakan akad nikah walaupun sudah bertunang.

Dalam adat orang Melayu, bertunang adalah satu perjanjian dan ia diuruskan oleh keluarga pihak lelaki dan perempuan yang berjanji untuk berkahwin.

Sebagai tanda 'diikat', wanita yang dilamar itu akan disarungkan cincin pertunangan oleh ibu atau wanita yang mewakili pihak lelaki selain kedua-dua pihak perlu menetapkan satu tempoh masa untuk majlis ijab kabul.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Akashah yang juga isteri kepada penceramah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan majlis pertunangannya kepada umum agar tunangnya itu tidak dirisik orang lain

"Bukan sahaja perkahwinan perlu diuar-uarkan, tetapi juga majlis pertunangan. Ini kerana apabila seseorang itu sudah bertunang, haram untuk orang lain meminang wanita yang sudah dipinang. Sebab itu ia perlu diumumkan kepada semua," ujarnya.

3 ulasan:

mama_saly berkata...

cantik n sweet j..
sepadan. tahniah buat fizz fairuz n tunangnya..n_n

Kak Mahh berkata...

Kalau pasangan berbaju melayu lagi sweet! :-)

IRA ARINA berkata...

tunang dia cantik :)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/