Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang menyebabkan kawasan itu ditenggelami air.
Bagaimanapun, menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
"Bomba menerima panggilan pada pukul 5.30 petang dan setibanya anggota ke lokasi mendapati beberapa buah kenderaan telah ditenggelami air.
"Punca air naik begitu cepat adalah disebabkan banjir kilat dan hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, banjir di kawasan itu surut kira-kira pukul 6 petang.
"Banjir kilat sedalam 1.5 meter itu merupakan pertama kali melanda kawasan Bandar Puchong Jaya sejak beberapa tahun lalu dan ia boleh dikatakan agak teruk kerana melibatkan kerosakan beberapa buah kenderaan," katanya lagi. Gambar dari ohtidak.com
2 ulasan:
Tak penah2 banjir...takut lepas ni kerap jd bila hujan..mna sistem saliran?
terlampau laju membangun sampai sistem saliran pun x dipedulikan
visit my blog
http://themafiacyber.blogspot.com
Catat Ulasan