Isnin, 11 Februari 2013

Sinopsis & OST Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Dengarnya Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi akan lawan fenomena Drama Setia Hujung Nyawa. Macam hebatnya kan. Drama ini seakan filem hindi popular Kabhi Kushi Khabi Gham.

Aiman Hakim Ridza berperanan sebagai apa, mungkin sebagai adik yang mahu memujuk abangnya balik, menyatukan kembali keluarga mereka. Ada rindu bertamu di Abu Dhabi katanya.

Raja Ema pula membawakan watak Salina perempuan jahat yang menjadi ibu ayam. Nak tengok bagaimana Raja Ema bawa watak agak yang berbeza dalam drama-drama dia sebelum ni, kena la tengok drama bersiri Rindu bertamu di Abu Dhabi , sambil melayan permandangan yang indah dan berbeza di Abu Dhabi.
Drama rindu Bertamu Di Abu Dhabi -Akasia TV3

Sinopsis Ringkas:
Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Aiman Hakim Ridza sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Aiman Hakim Ridza menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula? Saksikan drama yang penuh dengan konflik kekeluargaan dan cinta ini dalam Slot Akasia TV3.

Bagaimana? Menarik bukan? Saksikan drama yang dijangka akan menjadi fenomena ini di TV3 mulai 11 Februari 2013 7.00 malam di TV3. 

OST Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (RBDAD) Akasia TV3-Nyanyian Fahrin Ahmad

Gambar pelancaran drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi klik rentakartis.com


1 ulasan:

Sayidah Napisah berkata...

kat asrama loh..tak leh tengok.uhuk2