Rabu, 20 Mac 2013

17 Gambar Aksi Mesra Rozita Che Wan Dan Zain Zaidin Di Majalah Media Hiburan

Gambar mesra Rozita che wan dan Zin Saidin
Sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi.

Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan.

Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan.


Gambar aksi mesra Rozita che wan dan Zain Zaidin di Majalah Media Hiburan
 Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che ta berkata, itu adalah hak masing-masing.

"Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.
Rozita che wan dan Zain Zaidin-macam gambar pra perkahwinan 
 "Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya," kata Rozita kepada Zass, semalam.

Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'.

Ditanya mengenai hari bahagianya bersama Zain, Che Ta berkata, dia bakal mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara itu nanti.

"Tunggu sajalah. Saya risau kalau asyik bercakap soal ini (kahwin), nanti timbul salah faham pula," katanya.

Beralih mengenai perkembangan seninya, Che Ta kini sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan MasterChef Selebriti musim kedua.

"Sekarang ni tengah stres memikirkan masakan yang perlu dimasak dalam rancangan ini nanti. Apa pun saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik nanti," katanya.

Romantiknya rozita che wan dan Zain Zaidin didalam Majalah Media Hiburan


3 ulasan:

sitirohaida berkata...

salam
amboi-amboi...mesra sungguh depa nie

sahizatul sahimi berkata...

dah mcm mak dgn anak pon ada -__-"

Pirate man berkata...

mengalahkan org dh kawen..aduiihh..cepat2 la kawen ye..kurg cket mksiat..huhu