Rabu, 6 Mac 2013

Penyanyi 90an Nouri Disyaki Membunuh Suaminya Khairul Azmi Jaafar

Awal pagi ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita penangkapan seorang penyanyi wanita oleh pihak polis berhubung kematian suaminya. Berita ini dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan, namun tidak dinyatakan nama penyanyi terbabit.

Namun, portal berita Mstar membuat laporan susulan dengan mendedahkan penyanyi yang ditangkap itu adalah Nouri selepas mendapat pengesahan daripada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.

Nouri diberkas pada awal pagi Rabu bersama dua anak saudaranya dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut laporan akhbar, penyanyi wanita itu telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun. Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, dipercayai mati akibat dibelasah dalam keadaan kaki dan tangannya terikat.
Nouri isteri Khairul Azmi Jaafar
Nouri dipercayai dengan sengaja telah mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana bergelut dengan suspek.

Nouri dan suami dikatakan sudah tinggal bersama sejak setahun lalu dan kini dalam proses perceraian.

Kredit  gua.com.my

Tiada ulasan: