Isnin, 18 Mac 2013

Sinopsis Drama Bersiri Maskara Terbitan KRU Studios

KRU Studios tampil dengan sebuah drama bersiri terbaru berjudul ‘Maskara’, buah tangan pengarah Nizam Zakaria yang mengangkat empat pelakon wanita berbakat selaku teraju utama. Menjadikan simbolik wanita sebagai nadi utama drama ini, ‘Maskara’ bakal menyingkap kisah empat orang sahabat yang menjalani kehidupan yang berbeza. Mereka saling melengkapi sehinggakan persahabatan yang dibina menjadikan mereka lebih kuat.

Drama bersiri 13 episod "MASKARA" terbitan KRU Studios akan menemui penonton bermula April 2013 pada setiap hari Khamis Pukul 10.00 - 11.00 malam di Tv1. Lakonan Lisa Surihani, Nasha Aziz, Anzalna Nasir, Adrea Abdullah, dll.
Pelakon drama Maskara terbitan KRU

Sinopsis Drama Maskara
Lisa, Sue dan Hani merupakan tiga sahabat karib yang hidup bersama sejak dari zaman kolej lagi. Atas dasar itu, mereka sepakat untuk tinggal kawasan perumahan moden di pinggir bandar [mid-urban].

Kedatangan Lynn, jiran baru Hani yang sikit sebanyak mempunyai persamaan dengan mereka. Membuatkan mereka menerima Lynn sebagai sebahagian daripada mereka.

Dari hari ke hari, hubungan mereka menjadi erat, saling meluahkan masalah dan menyokong antara satu sama lain. Secara tidak langsung, mereka telah membentuk satu "sistem sokongan" [Support System] sesama mereka dalam menjalani kehidupan harian.

Walaupun masing--masing memiliki kerjaya selesa dan kehidupan yang stabil, namun cabaran hidup kota sentiasa menggugat emosi kewanitaan mereka.

Selain menjanjikan lakonan hebat pelakon tanahair, ‘Maskara’ turut menyaksikan penerapan elemen ‘mockumentary’ dan ‘dramedy’ yang kebiasaannya diimplimentasi pengarah Hollywood. Janji KRU Studios, ‘Maskara’ bakal membawa drama tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

1 ulasan:

Kak Mahh berkata...

mesti best ni,tak sabar nak tonton.