KELAS MENJAHIT

Ahad, 7 April 2013

5 Gambar Bongkah Batu Menghempap Kampung Bukit Kukusan

Tiga wanita dan tiga kanak-kanak cedera selepas tujuh buah rumah di Kampung Bukit Kukusan dekat sini ranap dihempap tiga bongkah batu besar dari kawasan kuari di atas Bukit Kukusan semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Albert Jiran Tanjung berkata, kesemua mangsa yang cedera di tangan dan kaki dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Setakat ini identiti mereka belum dikenal pasti.

Terdapat kira-kira 300 buah rumah di kampung berkenaan.

Pihak bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 11.43 pagi dan tiba di tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan rumah.
Pemandangan  Bongkah Batu Menghempap Kampung Bukit Kukusan


 Bongkah Batu Menghempap Kampung Bukit Kukusan

 3 Bongkah Batu Menghempap Kampung Bukit Kukusan

 Kampung Bukit Kukusan 

 ANGGOTA bomba memeriksa rumah yang ranap akibat dihempap bongkah batu besar di Kampung Bukit Kukusan, Tawau semalam.
 
Siasatan awal mendapati bongkah-bongkah batu berkenaan bergolek ke bawah bukit lalu menghempap rumah penduduk selepas berlaku gegaran akibat letupan bahan peledak yang digunakan untuk memecahkan batu di kuari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah memberitahu, syarikat kuari terlibat sudah diarah menghentikan operasi berkuat kuasa serta-merta dan penduduk dinasihatkan supaya mengosongkan rumah masing-masing.

2 ulasan:

HeNRieTTa JoSe berkata...

Besarnye batu.....ngeri rietta tgk...

Imprezaawie berkata...

ya Allah...besarnya batu yang menghempap tu...
kesiannya penduduk kampung di timpa malang begini...
di harap pihak yg terlibat akan di hukum dengan setimpal kerana tidak memikirkan penduduk sekeliling...

p/s: jemput dtg ke blog sy yg x seberapa http://imprezaawie.blogspot.com

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/