Jumaat, 7 Jun 2013

2 Gambar Kereta Perodua Kelisa Dihempap Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang

Anggota bomba dan penyelamat meneruskan kerja untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan struktur penyambung antara Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, dekat sini.

 Mangsa yang menaiki kereta dipercayai jenis Perodua Kelisa maut selepas dihempap runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Jalan Batu Maung dalam kejadian petang semalam.

 Keadaan sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Kelisa remuk selepas dihempap runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Jalan Batu Maung dalam kejadian petang semalam.
Polis mengesahkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, semalam.

Sehingga jam 5.30 pagi tadi, mangsa yang disahkan terperangkap dalam sebuah kereta dipercayai Perodua Kelisa masih belum dapat dikeluarkan dari runtuhan terbabit.

Ia kerana anggota bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengalihkan bebanan seberat kira-kira 200 tan yang menghempap kawasan jalan raya sepanjang 50 meter.

Kren seberat 300 tan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam semalam digunakan dalam operasi yang diserta 110 anggota bomba dan penyelamat itu.bharian.com

Gambar & Video Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Runtuh-Mayat Ditemui

update 
Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md Sofar.

Jurucakap polis berkata bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.

"Kita meminta kerjasama semua pihak yang mengenali pemilik kenderaan itu untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti mangsa," katanya.

Mangsa bagaimanapun belum dapat dikeluarkan lagi dari kereta itu dan kerja mengalih sisa tanjakan konkrit yang telah dipotong itu sedang giat dijalankan.

Semalam, runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung itu menghempap sebuah kereta dan seorang mangsa dipercayai terperangkap di dalam runtuhan itu.

Dalam kejadian itu, dua bahagian konkrit iaitu 180 ton konkrit keras dan 100 ton konkrit lembut runtuh secara tiba-tiba dan menghempap sebuah kenderaan.

Tiga orang iaitu dua pekerja asing dan seorang wanita tempatan cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, kerja mengangkat sisa runtuhan tanjakan konkrit yang dipotong sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat di kawasan kejadian.

Jurucakap bomba berkata runtuhan tanjakan konkrit dan besi itu terpaksa dipotong lebih kecil bagi memudahkan kerja mengalih dan mengangkut dilakukan.

Katanya setelah runtuhan tanjakan itu dialih, barulah bomba dapat mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta akibat dihempap tanjakan konkrit itu.

Beliau berkata lebih 300 anggota pasukan yang terdiri daripada polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam, pekerja syarikat pembinaan dan kontraktor sedang bertungkus-lumus mengalihkan runtuhan konkrit dan besi seberat beratus-ratus tan itu. - BERNAMA

update
Mayat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tanjak penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berjaya dibawa keluar kira-kira jam 8.40 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mayat mangsa berjaya dibawa keluar setelah pihak penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) dan polis berusaha keras sejak operasi menyelamat dijalankan sejak semalam.

"Berdasarkan daripada pakaian dan pengecaman awal keluarga, mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin yang berasal dari Permatang Damar Laut dan berusia 45 tahun.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk dibedah siasat dan pengecaman mayat mangsa oleh ahli keluarga," katanya kepada media di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, kerja mencari akan diteruskan berikutan polis menerima maklumat daripada orang ramai bahawa kemungkinan ada mangsa lain yang terperangkap.

"Berdasarkan daripada maklumat orang ramai, kemungkinan masih ada mangsa lain yang terperangkap.

"Oleh itu, kita akan teruskan kerja mencari dan menyelamat untuk mencari mangsa lain sekiranya ada.

"Setakat ini, polis hanya menerima hanya satu laporan kehilangan ahli keluarga iaitu daripada keluarga mangsa manakala laporan lain berhubung kehilangan ahli keluarga tidak kami terima," katanya lagi.

Sementara itu, di lokasi kejadian, abang mangsa yang hadir membuat pengecaman tiba-tiba rebah sebaik melihat mayat dibawa keluar dari bawah runtuhan.

3 ulasan:

Qashmere berkata...

Ya Allah...runtuh pulak...salah teknikal ke kejadian alam? Ruginya duit rakyat Malaysia

HeNRieTTa JoSe berkata...

Tgk picta ni bru pham kat mna runtuhnye...patut la ada keeta lalu...atas jalan raya upenye....jabtan tu jdik fly over...

teratai berkata...

Semoga kerja2 mengeluarkan mangsa dipermudahkan Allah.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/