Ahad, 9 Jun 2013

Gambar Majlis Perkahwinan Amar Asyraf (Pelakon Setia Hujung Nyawa)

Pelakon siri drama adaptasi novel popular, Setia Hujung Nyawa, Amar Asyraf, 27, telah selamat bernikah dengan pasangannya, Arna Salleh, 28.

Majlis pernikahan mereka  berlangsung  di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak. Pada acara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu termasuk ahli keluarga dan teman terdekat itu, Amar membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Selain itu, Amar juga menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,111 dan wang hantaran berjumlah RM13,000. Pasangan terbabit dinikahkan dengan berwalikan abang sulung Arna, Bazlan Salleh.
Majlis persandingan Amar Asyraf di belah pihak perempuan

Gambar Majlis pernikahan Amar Asyraf (Pelakon Setia Hujung Nyawa)  

 Gambar Majlis Perkahwinan Amar Asyraf  dan Arna Salleh
 Gambar Majlis Perkahwinan Amar Asyraf  
 Gambar Majlis Perkahwinan Amar Asyraf 

Majlis bertandang pula akan diadakan di Melaka, pada 17 Ogos nanti.

Amar dan Arna berkenalan menerusi kawan sejak empat tahun lalu. Namun, kedua-duanya hanya mula intim sejak dua tahun kebelakangan ini.

Selepas berasakan ikatan yang wujud semakin kuat, pasangan ini melangsungkan pertunangan pada Hari Raya ketiga, tahun lalu.

Arna dulunya bekerja sebagai akauntan, namun kini memilih untuk menguruskan syarikat milik mereka bersama, iaitu AVA Stage, sejak 2011.

Menurut Amar, selepas bergelar suami, kerjaya seninya akan berjalan seperti biasa, selain memberi perhatian kepada syarikat berkenaan.
gambar https://www.facebook.com/fazlizainor

Tiada ulasan: