Ahad, 2 Jun 2013

Gambar Majlis Perkahwinan Izzue Islam (Pelakon Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia)

Penyanyi ahli kumpulan Fourteen yang berusia 23 tahun dan pelakon Izzue Islam pada hari ini telah selamat menjadi suami kepada pengurus peribadinya sendiri, Awin Nurin. Sebelum ini mereka telah mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu.
Majlis pernikahan izzue Islam dan Awin Nurin
Dengan sekali lafaz tepat jam 9.45 pagi, Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 23, sah bergelar suami kepada Nurinafilah Binti Waharudin atau Awin Nurin di Dewan Shah Alam.

Izzue Islam dan Awin Nurin telah diijabkabulkan oleh bapa Awin sendiri, Waharudin Bin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11

Izzue  Islam dan Awin Nurin-selamat pengantin baru

Hantaran perkahwinan selebriti izzue Islam (pelakon utama drama saya isteri dia)


Pelamin perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin
Majlis resepsi turut diadakan di Shah Alam pukul 1 petang hari ini yang dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan.

Dalam majlis itu, pihak pengantin lelaki memberi 7 dulang hantaran berbalas 9. Izzue bagaimanapun belum memutuskan untuk berbulan madu.

Menyingkap semula kisah cintanya bersama Awin, pemilik nama penuh Muhammad Izzul Islam Mazlan itu menjelaskan, dia mula rapat sejak mengenali wanita itu lima tahun lalu.

“Sejak mengenali dia, hubungan kami semakin rapat tetapi tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujang.

“Namun, apabila jodoh sudah ditentukan bersama, saya memilih Awin sebagai isteri,” kata pelakon drama Sebenarnya Saya Isteri Dia itu.

Walaupun sudah bergelar suami, perjalanan karier nyanyian dan lakonan pelakon filem 29 Februari dan Chikaro itu dijadualkan berjalan seperti biasa.

gambar kredit  http://www.malaysiandigest.com/




2 ulasan:

hawiz berkata...

selamat pengantin baru kepada beliau...

Mimie Najib berkata...

tahniah & selamat pengantin baru.. =)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/