KELAS MENJAHIT

Jumaat, 7 Jun 2013

Gambar Majlis Pernikahan Beego Dan Linda Hashim

PELAKON, Beego atau lebih dikenali Mohamad Aszerul Nizam Abdullah,31 selamat diijab kabulkan dengan aktres, Norhazlinda Hashim,29 atau lebih dikenali dengan Linda Hashim dengan sekali lafaz pada jam 9.26 malam tadi.

Pasangan yang mengenakan persalinan berwarna 'peach' ini telah diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab disaksikan oleh ayah pihak perempuan Hashim Yusuf.








Majlis yang dihadiri seramai 200 tetamu ini telah dijalankan di Masjid Usamah Bin Zaid.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran RM35,000.

Pihak perempuan menerima hantaran berupa sepasang kasut berjenama Quince, tepak sirih, jam jenama Titus, sebentuk cincin, sepasang jubah, set pewangi Burbery dan beg tangan Furla.

Manakaka pihak lelaki menerima seutas jam tangan D&G, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata Cartier, sebentuk cincin Amporia Armani, set penjagaan diri L'eau D'issey Pour Homme, coklat Hershey's Rocher, buah-buahan dan sirih junjung.

Persalinan pengantin pada malam ini telah ditaja oleh Butik Erins & Erina Sequins.


1 ulasan:

Izreen berkata...

tahniah beego dan linda...semoga bahagia :)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/