Isnin, 24 Jun 2013

Sinopsis Drama Ummi TV3

Poster drama Ummi di TV3

Selepas program realiti hiburan Bintang Mencari Bintang, TV3 akan mempersembahkan sebuah drama bersiri 13 episod,Ummi yang diarahkan oleh Faisal Ishak pada setiap hari Ahad jam 9.00 – 10.00 malam mulai 30 Jun 2013. Drama bersiri terbitan Filmscape Sdn Bhd ini merupakan hasil garapan skrip oleh Amrul Hadi dan Umie Isa telah mengetengahkan Datin Paduka Umie Aida (Ummi) serta pelakon-pelakon cilik seperti Khyreena Kemal (Comel), Danish Adam (Amir) dan Ahmad Fadzli Masri (Danish) sebagai tunggak utama.
Pelakon utama drama Ummi di TV3
Turut membintangi siri drama ini ialah Sharul Kamaludin (Bahar), Fikhree Bakar (Dr. Idrus), A. Wahab (Pak Man), Sharissa Chong (Mei Ling), Zhafri Suhaimi (Firdaus), Riki Rikando Idris (Leman), Kamariah (Mak Limah), Marup Mustapah (Junaidi) dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Ummi
UMMI mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita bernama Ummi yang telah ditinggalkan oleh suaminya. Walaupun Ummi seorang yang hidup dalam susah dan buta huruf, namun beliau tetap prihatin terhadap tiga orang kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Comel, Amir dan Danish, masing-masing mempunyai sejarah hidup yang perit dan sentiasa ditindas telah dipelawa untuk hidup bersama dengan Ummi.


1 ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/