Isnin, 15 Julai 2013

Gambar Majlis Pertunangan Raja Azmi Dan Mohd Eddie

Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman mengikat tali pertunangan dengan kekasih, Mohd Eddie Ghazali di kediamannya di Ampang, Selangor, petang tadi

Majlis pertunangan bermula jam 6 petang diikuti dengan majlis berbuka puasa serta solat Maghrib secara berjemaah.

Raja Azmi dimajlis pertunangannya dengan Eddie

 Raja Azmi dimajlis pertunangannya


majlis pertunangan raja Azmi
 Kedua dua pihak diwakili oleh anak masing-masing dalam menentukan 15 September ini sebagai tarikh nikah dengan hantaran senaskah al-Quran.

Rombongan lelaki diwakili oleh anak Eddie, Muhamad Daniel Mohd. Eddie, 21, yang juga merupakan anak sulung daripada dua beradik manakala pihak perempuan diwakili oleh anak sulung Raja Azmi, SurayaJalani.

Acara sarung cincin dilakukan oleh bonda Eddie. Difahamkan pihak lelaki akan menerima lima dulang hantaran manakala pihak perempuan mendapat tiga dulang hantaran sebagai balasan.
Acara menyarung cincin pertunangan Raja Azmi bersama Eddie
Raja Azmi sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek sebelum bercerai talak satu pada 27 Jun 2012 iaitu selepas 28 tahun mereka berumahtangga.




mohd eddie tunang raja azmi

2 ulasan:

Terbelog berkata...

bape kali dia kawin ni
Popular Post : JUALAN E-BOOK

Unknown berkata...

Ayam tua gatal