Sabtu, 19 April 2014

Sinopsis Drama Kasih Berbisik Gabungan TV3 Dan MediaCorp Suria

Penggambaran drama pertama gabungan Media Prima Berhad (“Media Prima”) dan MediaCorp Pte. Ltd. (“MediaCorp”) kini sedang berlangsung di Kuala Lumpur dan juga di Perlis. 


Drama ini dibintangi oleh artis-artis terkemuka Singapura, Indonesia dan Malaysia seperti Nick Mikhail, Nurul Aini, Atikah Suhaime, Remy Ishak, Keith Foo,Nora Danish, Tasha Shila, Hisyam Hamid,  Nurul Aini dan Isti Ayu Pratiwi.

 Drama Kasih Berbisik Keith Foo dan Atikah Suhaime
Sinopsis Drama Kasih Berbisik
Drama Kasih Berbisik 13 episod ini dijangkakan ditayangkan pada separuh kedua tahun 2014 di TV3, saluran televisyen  terunggul di Malaysia dan Suria MediaCorp, saluran televisyen bahasa Melayu yang unggul di Singapura. 


Berlatar belakang metropolitan Singapura, kehijauan panorama di Malaysia dan suasana eksotik Bali, Kasih Berbisik adalah kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh.

Drama Kasih Berbisik ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama 6 tahun, Tina. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.


 Drama Kasih Berbisik  Atikah Suhaime
 Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun. Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri.

Pelbagai peristiwa yang tidak dijangka dan rahsia silam yang menyusul pasti akan membuatkan para penonton tidak lekang menonton drama Kasih Berbisik13 episod ini.
Drama Kasih Berbisik  
  Di harap dengan gabungan Media Prima Berhad (“Media Prima”) dan MediaCorp Pte. Ltd. (“MediaCorp”) dapat menarik minat para penonton di Malaysia dan Singapura menonton Drama Kasih Berbisik di samping menggabungkan kepakaran kedua-dua pihak dalam bidang penerbitan rancangan TV. Siri ini akan dirakamkan di dalam format definisi tinggi (HD).Lebih info di sini

1 ulasan:

Riri Maysyuri berkata...

lawatan perdana, selamat siang dan selamat menunaikan ibadah puasa