KELAS MENJAHIT

Selasa, 21 Oktober 2014

Handbag Dari Material PU PVC

Ini adalah hasil ke tiga saya menggunakan material PU/PVC. Sebenarnya ini adalah salah satu proses pembelajaran saya menggunakan material tersebut.

Saya masih belum berani lagi untuk mengambil tempahan menggunakan material ini. Banyak cara dan perkara yang perlu di ambil perhatian jika mahu menghasilkan product yang baik jika menggunakan material PU/PVC.

Masalah utama saya sekarang adalah untuk mendapatkan supplier material PU/PVC ini. Kebanyakkan yang dijual secara online adalah nipis dan tidak sesuai rasanya untuk dibuat beg.

Pattern yang saya hasilkan ini agak ringkas dan mudah. Ada 1 poket berzip dan 1 kocek dibahagian dalam beg. Tidak mengguna zip cuma magnetic button sahaja. Disertakan satu set dengan beg kecil untuk menyimpan hp dan barangan kecil. Menggunakan eyelet dan tali PU leather.

Harap lepas ini saya akan dapat menghasilkan pattern yg lebih baik dan bersedia untuk mengambil tempahan.
handbag ct N honey dari material PU/PVC
Satu set handbag dan beg kecil
Aksesori handbag-eyelet,ring dan Tali PU leather
Bahagian dalam handbag 
Beg bersaiz kecil untuk menyimpan hp
Boleh ke page Handmade Bag ct N Honey untuk melihat lagi koleksi handmade atau email sitinoorhz@gmail.com untuk maklumat lanjut.



1 ulasan:

AMIIZAA berkata...

Masyaallah....kagumnya dgn ct...insyaallah blh buka Kedai hbag lepas ni❤️❤️❤️❤️

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/