KELAS MENJAHIT

Isnin, 6 Oktober 2014

Tempahan Beg 500pcs-Tak Mampu, Tolak Rezeki.

Ketika menulis entry ini, hati sedang berbelah bahagi dengan keputusan yang di ambil.  Ragu-ragu adakah betul tindakan yang telah saya ambil. Akhirnya pujuk diri sendiri untuk menerima kenyataan bahawa ini belum rezeki saya lagi.

Sebenarnya saya menerima tempahan dari sebuat syarikat untuk menempah 500pcs sling bag bermotifkan batik. Ketika menerima email dari mereka, hati tu berbunga-bunga juga. Maklumlah saya ni hanya lah pembuat beg yang bergerak secara kecil-kecilan sahaja dan hanya beroperasi dari rumah.
Menerima tempahan borong (ct N honey handmade)



Setelah berbincang dengan En. suami saya terpaksa menolak kerana masih belum yakin untuk memenuhi tempahan tersebut. Banyak persoalan dalam fikiran ni. Mampu ke saya menyiapkan 500pcs beg tersebut. Bagaimana nanti kalau tempahan tidak dapat disiapkan pada tarikh yang diberi.  Jika saya mencari pembantu mampu ke pembantu itu nanti menjaga qualiti yang saya mahukan.

Untuk info saya memang mengambil tempahan borong, pernah juga buat dalam 100pcs dan lebih. Tapi tempahan ini terlalu banyak dan rumit bagi saya, juga saya belum bersedia. Langkah seterusnya selepas ini bersedia dengan ramai lagi rakan-rakan pembantu untuk menyiapkan tempahan dan juga bersedia dari segi mental dan fizikal jika tiba-tiba menerima tempahan berskala besar seperti ini.

Terima kasih kepada semua yang diluar sana terutama kepada individu dan syarikat kerana memberi kepercayaan untuk saya menyiapkan tempahan. Ini memberikan saya lagi bersemangat untuk meneruskan perniagaan ini yang pada mulanya sekadar minat sahaja. Alhamdulillah perniagaan saya kini berjalan lancar walaupun bergerak perlahan tapi cukup membanggakan saya.

Tempahan borong mekap beg bersaiz kecil

2 ulasan:

HeNRieTTa JoSe berkata...

moga rezeki bru akan dtg lagi....

adianiez AIDA berkata...

in shaa Allah...
akan ada rezeki di tempat lain di lain masa :-)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/