KELAS MENJAHIT

Selasa, 4 November 2014

Tempahan Borong Beg Murah Dari Harga Biasa

Minggu ini nak share dengan semua tempahan borong pencil case dari seorang guru dari senawang,seremban. Dekat aje, cuma COD tak perlu pos. Bila saya survey rupanya pelanggan saya ramai guru. Agaknya guru-guru ni memang suka barangan handmade.

Sebenarnya yang mencetuskan atau permulaan bisnes handmade bag saya ini pun dari guru juga. Terima kasih kepada guru Sekolah Taman Tuanku Jaafar 2 kerana banyak memberi sokongan dan mempromosikan handmade bag saya. Bila mendapat  komen dari mereka barulah saya berasa yakin untuk meneruskan bisnes ini dan seteruskan mengambil tempahan melalui online.

Jika diikutkan tempahan saya pada bulan ini sudah penuh. Tetapi memandangkan tempahan hanyalah pencil case saya terima juga, walaupun bila di fikirkan naik boring juga nak siapkan 40pcs tu.

Bila dalam fikiran nak cepat siap je,mesti ada kesilapan. Proses pertama untuk tempahan borong 40pcs pencil case ini adalah memilih corak.Yang pasti untuk setiap pencil case tidak ada yang sama corak utamanya. Jadi setiap seorang nanti akan dapat corak yg berlainan.


Selepas itu kain digunting mengikut template pencil case. Di sinilah kesilapan telah berlaku.Rupa-rupanya template itu untuk beg make-up. Saiznya akan besar sikit bila sudah siap nanti. Kesilapan itu disedari setelah 30 set pencil case siap dipotong. Terima aje lah...reda..

10pcs lagi pencil case untuk guru lelaki memang saya asingkan. Jadi 10 pcs aje lah yang dapat di selamatkan.30pcs untuk guru perempuan sudah terbesar saiznya.
 Setelah proses memotong kain selesai. Kain gam pula di gunting mengikut saiz kain dan di ironkan untuk menghasilkan beg yang tegap. Selepas itu bolehlah mula menjahit sehingga siap.

Pencil case ct N honey nampak begitu cantik kerana warna yang sangat ceria dan mempunyai corak yang menarik.

Ukuran pencil case

Panjang atas 9"
tinggi 5"

Harga bermula dari rm10
Koleksi pencil case handmade ct N honey sesuai untuk lelaki
Tempahan borong pencil case
Jika berminat boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus kehttp://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html

1 ulasan:

AMIIZAA berkata...

salams siti,

cantiknya....kalau borong brp rm?

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/