KELAS MENJAHIT

Jumaat, 7 November 2014

Tote Bag Bereben Polka Dot Pink

Kali ni nak share pula tote bag yang gunakan eyelet ring. Ada yang tanya, bila dah penat menjahit siapkan tempahan, buat apa nak hilangkan penat tu. Saya jawab kalau nak hilangkan penat saya menjahit. Kelakarkan jawapannya...

Selalunya customer saya menempah beg macam-macam pattern. Kadang-kadang nak saiz besar, nak tambah itu ini. Saya sebagai tukang jahit ni pening dan letih nak fikirkan untuk penuhi kehendak pelanggan. Jadi bila dah siap jahit tempahan untuk customer, tiba masa untuk saya pula buat beg tanpa mengikut ukuran, pattern dan warna. Senang cakap  bak kata orang nogori "suko hati den". Kadang-kadang projek suko hati den ni menjadi begnya, kalau tak, simpan je dalam bekas projek terbengkalai. Tak tahu lah bila nak ditetas jahitan dan repair balik.

Salah satu projek "suko hati den" adalah tote bag guna eyelet ring. Hilangkan penat selepas menyiapkan tempahan borong pencil case 40pcs tempoh hari. Zup zap zup potong kain, tok! tok! ketuk eyelet..dah siap. Part nak ikat reben menung sekejap. Susah pula nak ikat bagi kemas dan cantik. Mungkin ukuran reben tu tak cukup panjang. Ada yang bagi cadangan pin kan brooch. Tapi sana nak nampak reben tu simple tapi sweet je tak perlu tambah apa-apa. Setelah dipusing dibelit reben, tulah hasilnya....oklah... nampaknya....
Panjang pula kali ni saya bercerita.Untuk kawan yang tak sabar hari tu bila saya load gambar WIP nak tengok hasil beg ni disiapkan layan gambar tote bag eyelet ring ni.... enjoy...

Ukuran
Panjang 15"
Tinggi 14"
Lebar 4"
Ada zip di bahagian atas
2 poket bahagian dalam

Boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney untuk melihat lagi koleksi saya.


Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/