Jumaat, 5 Disember 2014

Hot Item-BoxyBag Handmade ct N Honey

 Hasil Mini Travel Bag @ Boxybag dalam masa 2 hari. Bulan ni memang tak boleh berehat lama. Setiap hari sentiasa penuh dengan memotong kain,mengiron cotton stabalizer atau kain gam, menjahit,menjahit dan terus menjahit.

Rasanya bulan 12 ini adalah list tempahan yang paling panjang. Semua nak beg sebelum buka sekolah, jadi terpaksalah saya membuka mata lebih luas untuk menyiapkan tempahan. Tidur pun macam "Tidur Ayam" aje.
Mini Travel bag Handmade Bag / craft ct N honey mempunyai 3 saiz .

Ukuran

kecil
Panjang 7"
Tinggi 4"
Lebar 31/2"

sederhana
Ukuran
Panjang 8"
Tinggi 6"
Lebar 5"

besar
Panjang 10"
tinggi 8"
Lebar 5"

Harga dari rm30-50
Boleh mengisi barang yang sesuai mengikut saiznya. Untuk yang bersaiz kecil ramai yang menjadikannya pencil case. Ada banyak ruang boleh di isi dengan peralatan sekolah.

Untuk mini travel bag handmade ct N honey bersaiz sederhana boleh juga mengisi bekalan makanan manakala yang bersaiz besar boleh mengisi keperluan bayi apabila ingin pergi bersiar-siar dan telekung. Apapun terpulang kepada anda sendiri.
Jika berminat untuk menempah boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus ke http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html


Tiada ulasan: