KELAS MENJAHIT

Selasa, 2 Disember 2014

Songket Envelope Clutch

Lama rasanya tak postkan hasil jahitan. Lepas balik dari kursus sehari  Asas Pembungkusan Makanan anjuran Mangkuk Tingkat Dot Com & Mains production slow. Tapi dayakan juga memandangkan list tempahan masih panjang.

Hari ini nak share hasil jahitan dari kain Songket. Sekarang saya memang suka jahit beg dari kain songket. Kebetulan ada pelanggan yang menempah 10pcs Clutch Purse. Jika ada sesiapa yang berminat ingin menempah menggunakan kain songket, kain adalah dari pelanggan sendiri. Saya tak menyediakan kain terutama dari kain yang agak mahal.

Kenapa saya suka menggunakan kain songket? Kerana hasil beg yang telah siap, kemas dan nampak eksklusif walaupun hanya pattern ringkas sahaja.

Koleksi kain songket berbagai corak

Clutch Purse ini berukuran 9x6". Mempunyai 1 poket berzip dibahagian dalam. Hanya menggunakan button magnetic.


bahagian dalam songket envelope clutch
Jika berminat untuk menempah boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus kehttp://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html

6 ulasan:

Lynn Damya berkata...

Salam, alahai...cantiknyaaaa hasil dia..owh bagus juga cara tu, sbb songket mmg mahal kan..nice lah, hasil mmg nampak ekslusif :D love your job!

AMIIZAA berkata...

salams ct, cantiknyaaaa...terpegun akak:)

ct N honey berkata...

Terimakasih kak Amiizaa.kain songket tu yg cantik..patternnya simple je

ct N honey berkata...

Lynn damya songket mmg mahal,nak potong tergetar tangan,takut tersilap,membazir kain nanti....

Cik Iman berkata...

serious kreatif :D

Rina Ellisa berkata...

Salam, berapa yea tempahan cluth ni?

Berapa lama boleh siap?

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/