Sabtu, 10 Januari 2015

Gadget Case & Multipurpose Purse

handphone case
Hari ni tak sempat nak taip panjang-panjang. Banyak lagi tempahan menanti. Untuk bulan ni kebanyakkan tempahan kena buat pola baru. Pelanggan minta saiz yang bukan ukuran sedia ada. Letih....

Gadget case
Sangat mencabar nak siapkan purse ni. Pelanggan nak tempah mengikut pattern  DISINI. Tapi ukuran yang berlainan. Satu bersaiz besar dan seorang lagi nak bersaiz kecil. Bila nak siapkan 2pcs ni saya perlu membuat 2-3 sample nak dapatkan saiz yang di minta. Hampir 2 hari juga nak siapkan.
Pelanggan punya yang berwarna kuning bercorak burung hantu dan satu lagi berwarna merah bercorak ladybug. Warna pink dan hijau adalah sample saiz.
Multipurpose purse ini mempunyai satu poket berzip dibahagian dalam. Sesuai untuk mereka yang mahu kelihatan ringkas. Boleh di isi handphone dan barang peribadi. Saiz boleh ditempah mengikut keperluan anda sendiri.
Multipurpose purse
koleksi handmade purse
Untuk menempah boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney
atau ke email sitinoorhz@gmail.com juga boleh terus ke http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html


Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/