Isnin, 19 Januari 2015

Quilt Tote Bag Handmade ct N honey

Tote bag 4 beradik. Nampak warna warni beg ni bila diletakkan berderet. Lambat betul nak siapkannya. Sekarang ni saya dah dapat hobi baru. Tonton cerita korea....


Habis satu tajuk sambung pula tajuk lain. Kalau ada yang suka tengok cerita korea boleh lah ke web http://dramacrazy.eu/ untuk menonton. Macam-macam tajuk, dari cerita lama hingga lah cerita korea yang terkini.
Ok sambung balik cerita tentang 4 beradik. Tote bag ni saya jahit quilt luar dan dalam. Sebenarnya tak susah sangat nak buat tote bag. Tapi yang ini jadi leceh sikit sebab di jahit quilt dan ditambah dengan hiasan reben.
Part yang paling mencabar adalah untuk menjahit zip atas. Tote bag ini saya jahit zip terus dengan bahagian luar bag(exterior)  dan bahagian dalam beg(lining).

Untuk interfacing exterior bahagian atas, kain yang bercorak saya gunakan fiber dan dijahit quilt.Bahagian bawah bercorak jalur/plain saya guna fiber dan kain gam(cotton Stabilizer) dilapik sekali dan dijahit quilt. Untuk info jika ada yang membeli online pattern bag secara download selalunya akan digunakan perkataan exterior, lining dan interfacing. Jadi kena fahamkan lah betul-betul. Info yang saya bagi ni pun apa yang saya faham. Maaf lah ya kalau saya silap pula. Untuk lebih jelas bolehlah tanya En.google..
Ukuran bag
Tinggi 12"
panjang 16"
tapak 5"
Zip dibahagian atas beg
2 poket dan 1 poket berzip di bahagian dalam bag
Untuk lining saya gunakan fiber dan dijahit quilt juga. Sebab tu lah beg ini di beri nama Quilt Tote Bag Handmade ct N honey.

Jika berminat untuk menempah boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus ke http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html


2 ulasan:

Cik Azz berkata...

Serius cantik dan kemas... Saya tak pandai nak buat tote bag macam ni.. Tak reti nak guna bahan2 semua tu.. Teringin nak buat tapi tu la..

Unknown berkata...

Cantiknya hasil kraf awak.tini da lama follow blog awak.ni baru nak aktif blogging balik suka tengok kengkawan blogger menjahit.semoga diri sendiri rajin balik nak menjahit ni..huhu