Sabtu, 4 Julai 2015

Beg Sedondon Untuk Ibu Dan Anak

Happy Family. Keluarga si Meow
 Ada seminggu lagi nak siapkan tempahan pelanggan. Dalam pada nak siapkan tempahan sambil tu sempat juga buat untuk readystock.

Tema hari raya,biru polkadot
 Kebetulan ada kain panel corak kucing jadi, buat kan beg sedondon khas untuk ibu dan anak. Mesti comel bila disandang ditambah lagi dengan sedondon pula berpakaian pada hari raya nanti. Jika ada yang rasa warna ini sesuai dengan tema hari raya Aidilfitri tahun ini boleh lah beli.
tema sedondon polkadot merah
Saya suka sangat dengan polkadot warna merah ini. Dilema tukang jahit beg,kadang-kadang sayang nak jual bila dah siap. Rasa mcm nak pakai untuk diri sendiri. Tapi bila dah banyak koleksi beg tak tahu pula nak pakai yang mana satu. Kalau saya buat pre loved, ada tak yang nak beli?..

Jika berminat untuk menempah boleh ke pagehttps://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus ke http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html

P/S
Sila tinggalkan alamat email yang betul.Ataupun no telefon.
Lebih mudah bagi saya jika disertakan sekali link atau gambar beg yang hendak ditempah.Terima kasih

1 ulasan:

Maria Firdz berkata...

Tergoda tengok...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/