Khamis, 16 Julai 2015

Handbag Hari Raya

 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pelanggan handmade bag ct N honey,juga kepada pengunjung blog ini.

 Hari ni dah mula nak gerak untuk balik kampung. Semalam baru siap beg hari raya untuk diri sendiri. Puas fikir nak buat beg pattern macam mana. Akhirnya siap juga. Pattern suka hati. Tahun ni tak nak corak yang sweet2 sangat. Jadi warna hitam sangatlah sesuai rasanya.
Mencabar juga nak siapkan handbag raya ni. Satu hari cari idea dan buat pola. Banyak step nak kena buat. Mula-mula buat 2 keping bahagian depan dan belakang.selepas itu,pasangkan handlenya.Buat pula 2 keping untuk bahagian dalamnya. Tambah poket dan zip juga button magnetic.Sambungkan tapak,dan akhir sekali 2 keping bahagian tepi disambungkan.
 Buat proses yang sama untuk bahagian lining dan untuk melengkapkan handbag ini buat zip bahagian atas. Perrgh....memang memerlukan fikiran tahap tinggi nak menyiapkannya.Tapi puas hati.

Di sini saya ingin meminta maaf terutama kepada pelanggan saya,jika ada kesilapan dan kekurangan selama kita berurusan. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu kegembiraan dan rahmat dariNya.

Jika berminat untuk menempah boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus kehttp://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html

P/S
Sila tinggalkan alamat email yang betul.Ataupun no telefon.
Lebih mudah bagi saya jika disertakan sekali link atau gambar beg yang hendak ditempah.Terima kasih

1 ulasan:

SueZ berkata...

cantiknya yangggg oiiii

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/