Sabtu, 3 Oktober 2015

Beg Dari Kain Denim dan Canvas

Minggu ini siapkan tempahan sling bag pula. Seperti biasa corak dan ukuran pelanggan yang sediakan. Boleh pilih corak dengan klik tajuk dibahagian atas blog,pilih sendiri mengikut jenis kain yang dikehendaki.

Saya suka hasilnya bila mengunakan kain denim. Tegap dan terbentuk dengan elok. Jika menggunakan kain denim pastikan ketebalan pengeras mengikut ketebalan kain denim. Untuk elakkan hasil beg menjadi terlalu keras dan susah untuk proses menyiapkannya.
Untuk beg corak zebra menggunakan buckle yang dijahit tangan, mana kala beg corak vintage penutupnya menggunakan twist lock.
Beg warna coklat menggunakan kain canvas dan cotton linen. Memang tiada masalah kain jenis ini untuk dibuat beg.


Jika berminat untuk menempah boleh private message ke pagehttps://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus kehttp://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html

P/S
Sila tinggalkan alamat email yang betul.Ataupun no telefon.
Lebih mudah bagi saya jika disertakan sekali link atau gambar beg yang hendak ditempah.Terima kasih

Tiada ulasan: