Isnin, 11 April 2016

Tutorial-Cara pemasangan Snap Button

Selain mengunakan button magnetic, snap button adalah satu lagi pilihan untuk crafter menghias beg. Snap button lebih menarik kerana kini banyak dijual berbagai bentuk dan saiz boleh di pilih.
Hari ini saya nak share dengan semua cara pemasangan snap button.

Gambar satu
Untuk satu snap button yang lengkap ia mestilah mempunyai 4pcs.

Gambar 2
Ambil beg/bahagian yang hendak dipasang snap button. Buat lubang menggunakan punch tool.

Gambar 3
Letakkan snap button (no1) di pengalas yang sesuai seperti digambar. Selalunya akan disediakan 1 set bersama dengan tool snap button.

Gambar 4
Masukkan bahagian yang telah dilubang tadi ke snap button (no1)

Gambar 5
Ambil pula snap button(no2) buat seperti dalam gambar.

Gambar 6
Ambil tool snap button.
Gambar 7
Ketuk snap button dengan kekuatan sederhana. Selesai untuk part 1 pemasangan snap button.

Gambar 8
Buat lubang di satu lagi bahagian beg. Pastikan kedudukannya lurus/sama dengan snap button part 1 tadi.

Gambar 9
Masukkan snap button (no3) di lubang tadi.
Gambar 10
Masukkan pula snap button (no4)

Gambar 11
Gunakan tool yang lagi satu dimana ia mempunyai lubang supaya boleh memasuki kepala snap button. Ketuk

Gambar 12
Snap button yang telah siap. Jika button susah untuk melekat,mungkin ketika mengetuk untuk bahagian part 1 ketukkannya tidak kuat dan bahagian lubangnya terbentuk tidak dalam.

Jika tidak faham atau kurang pasti dengan tutorial ini sila hubungi saya di page https://www.facebook.com/heavycottononline/

Untuk membeli snap button dan tool nya boleh ke album https://www.facebook.com/commerce/products/1164784516879235/

Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/