Isnin, 27 Jun 2016

Frame Beg Comel Di Pagi Raya

 Bila nak dekat-dekat raya ni mood buat beg menjadi-jadi pula. Sebenarnya dah lama nak buat beg ikut suka hati je..Lain kalau buat tempahan beg dari pelanggan,mesti ikut kehendak pelanggan dengan corak dan ukuran yang telah ditetapkan. Kadang-kadang boleh stress juga, takut hasil beg tu nanti tidak memenuhi kehendak pelanggan.

 Kali ini saya share hasil handmade beg ct N honey yang dipangil frame beg. Jika berminat hendak membeli frame nya boleh ke link http://cthoney.blogspot.my/2016/05/aksesori-beg-metal-frame-bag.html.
 Saiz frame beg ini berukuran 20cm. Ini adalah hasil ke dua saya menggunakan frame beg. Sebelum ini saya mengunakan fabrik songket seperti di sini http://cthoney.blogspot.my/2014/10/evening-clutch-bag-dari-songket.html

Menggunakan fabrik denim biru. Handle pula menggunakan PU leather yang boleh disandang di bahu. Disebabkan ruang beg tidak besar jadi lebih mudah bagi saya terus menyimpan kad yang penting tanpa membawa dompet.
Part yang rumit bila menggunakan frame beg ini adalah semasa proses mencantumkan body beg dengan frame. Saiz body beg mesti sama dengan ukuran frame. Jika ada yang berminat ingin mencuba membuat frame beg ini, jika membeli frame beg dari saya anda akan mendapat secara PERCUMA pola beg sekali.
Nampaknya ini adalah beg kedua raya saya lah tahun ini. Kalau setakat nak pergi beraya atau open house sangat sesuai sebab ukurannya yang comel dan ringkas disandang.

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PELANGGAN DAN MENGUNJUNG BLOG handmade ct N honey.

Tiada ulasan: