Rabu, 22 Jun 2016

Glitter Vinyl Dan Beg Raya

Rasanya sudah lama sangat tak update hasil handmade saya di sini. Memandangkan kesibukkan dengan kedai kecil menjual aksesori bag saya, jadi semua tempahan beg buat masa ini ditangguhkan sehinggalah di beritahu kelak. Ramai yang menghantar email,msg di page untuk buat tempahan, jadi di sini saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan semua pelanggan. Terima kasih kerana berminat dengan handmade saya.

Hari ini nak share dengan semua, hasil handmade saya setelah lama tak usik mesin jahit. Ada juga part semasa proses nak menyiapkan beg ni kena termenung sekejap sebab dah lupa caranya...



Beg ini adalah pattern dari Blue Calla Patterns yang di beri nama boronia bowler bag. Lama juga study nak buat nya sebab menggunakan material jenis baru. Sayang kalau tak jadi, susah nak dapat material ni.

Menggunakan material vinyl dibahagian bawahnya. Yang bestnya beg ini adalah, ruang dalamnya yang luas dan hampir keseluruhan beg boleh dibuka dengan menggunakan zip 2 hala.

Walaupun mencabar nak menjahit vinyl ini dengan ketebalannya 1.2mm tapi mudah kerana saya hanya  terus menjahit di atas kain semasa proses mencantumkan body beg. Untuk talinya pula saya menggunakan kain canvas sebab tak yakin nak menggunakan vinyl kerana ketebalannya itu. Lepas ini kena order yang nipis sikit.

Percubaan pertama menggunakan vinyl nampaknya boleh dikatakan berjaya. Selepas ini boleh proceed order dari supplier untuk pilih lagi banyak warna yang lebih menarik.

Dengan ini, sekarang saya nak umumkan kepada semua...inilah beg raya saya tahun ini....

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PELANGGAN DAN MENGUNJUNG BLOG handmade ct N honey.

Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/