Jumaat, 23 September 2016

Bag Frame Dari Material PU leather

Setelah mencuba berbagai jenis PU leather ini sebahagian PU leather yang sangat saya suka.Banyak pilihan yang disediakan dan juga ketebalannya memang suai untuk dibuat beg.

Memandangkan apabila kita menggunakan material PU leather tidak perlu menambahkan kain gam dan batting, jadi ketebalan PU leather ini sudah cukup menjadikan beg kita tegak dan nampak tegap.

Membuat beg frame ini tidak lah susah sebenarnya. Asalkan ada pola yang disediakan cara menjahit dan mencantum semua sama sahaja dengan beg lain. Cuma......jari kenalah tahan sakit sikit sebab kita kena jahit menggunakan tangan disepanjang frame semasa proses mencantumkan dengan body beg.
Menggunakan PU leather (light purple)
ketebalannya 0.9mm
frame bersaiz 25cm
dihiasi dengan metal label 'handmade'
dipasangkan dengan handle PU leather
Menggunakan PU leather (red)
ketebalannya 1.0mm
frame bersaiz 20cm
dipasangkan dengan handle PU leather
sesuai juga dijadikan dinner clutch.
Jika berminat untuk membeli material dan aksesori bag boleh lah ke page saya https://www.facebook.com/heavycottononline/

Tiada ulasan: