Rabu, 5 April 2017

Pola Beg beli online

Hadiah BIG giveaway untuk bulan Mac dah siap. Bulan ni special sikit sebab saya beli pola beg ni khas untuk giveaway. Kiranya bertuah lah siapa yang dapat tu.

Sekarang ini jika ada yang berminat untuk menjahit beg, sudah  banyak kelas boleh di ikuti, sama ada online atau pun offline. Untuk lagi mudah boleh saja beli pola beg dalam bentuk PDF yang akan dihantar ke email.
Untuk pola beg ini saya beli di web https://www.craftsy.com/. Beg ini diberi nama rose handbag. Tak lah susah sangat membuat nya.
Beg ini menggunakan kain linen, manakala poket dan handle saya menggunakan glitter vinyl. Semua bahan dan aksesori beg ini boleh di dapati di kedai kecil saya  https://www.facebook.com/heavycottononline/
Tahniah untuk yang bakal mendapat beg ini. Harap sudi menerimanya.

Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/