Isnin, 9 Oktober 2017

Aksesori Terkini Buat Beg

Lama rasanya tak update blog. Sekarang ni saya kurang dah menjahit beg kerana lebih memberi tumpuan kepada kedai kecil saya https://www.facebook.com/heavycottononline/. Untuk "BAG MAKER' boleh lah ke page saya untuk mengenali barang beg terutama yang baru nak menjahit beg, juga untuk menambah koleksi aksesori beg yang terkini.

Bila dah mula untuk serius dalam bisnes, terutama bisnes online, jika ada masa dan keadaan yang mengizinkan, saya selalu join kursus-kursus yang berkaitan dalam bidang saya ini. Saya selalu mengikuti kursus anjuran MARA Negeri Sembilan, yang sangat aktif menolong usahawan kecil dan memberi peluang menambahkan pengetahuan.



Seperti biasa, jika ada kursus rasa macam tak best kalau tak bawa beg baru. Secara tak langsung dapat membuka mata orang diluar sana, yang sebenarnya ramai 'BAG MAKER' dalam malaysia ini. Pada anggapan mereka hanya orang luar negara saja yang mampu buat handmade bag.

Disebabkan hati bersemangat nak join kursus, saya pilih warna kain DC dan PU leather berwarna merah. Sedondon lagi dengan wallet.

Hasil beg yang di tambah dengan aksesori terkini menaikkan seri beg ini. Semua aksesori beg boleh dibeli di kedai kecil saya ya.
 Bahagian bawah beg ada zip, jika ada kes nak masukkan segala tok nenek dlm tu, boleh lah dibuka zip dan ruang bawah beg jadi besar.

Jika berminat untuk aksesori dan material beg boleh lah jenguk-jenguk dulu kedai kecil saya, jika ada sebarang masalah jangan malu-malu message saja .. https://www.facebook.com/heavycottononline/


Tiada ulasan: