Selasa, 19 Disember 2017

Material Sesuai Untuk Beg

Cuti sekolah adalah masa boleh balik kampung dan duduk lama sikit. Anak-anak memang suka balik kampung kerana boleh bebas bermain. Pada saya masa inilah mereka boleh merasa main air dalam kolam ikan atuk, menyapu sampah dan mengemas keliling rumah dengan nenek. Baju seluar kotor main pasir dan tanah pun ibunya tak marah.

Kadang-kadang rasa kesian kat anak-anak sebab tak dapat nak merasa suasana seperti zaman saya dulu-dulu. Yelah.. zaman dan suasana dah berubah, kita terpaksa terima keadaan itu. Selagi boleh anak-anak merasa suasana yang masih tinggal sekarang saya biar kan je. Setidak-tidaknya mereka dapat bercerita kepada anak-anak mereka nanti, walaupun tak sebanyak zaman saya dulu.
Bila dah di kampung banyak tempat yang sesuai untuk sessi bergambar. Nampak sikit kelain dari biasa. Selalu ambil di dalam bilik dan background putih je.
Sempat juga menghadirkan diri di majlis pertunangan anak saudara. Jadi dapatlah prop yang lebih cantik. Tumpang sibuk atas pelamin.

Kisslock frame:
saiz 20.5cm dan 18cm. Dengan setiap pembelian kisslock frame PERCUMA pola.

Material:
menggunakan fabrik silk cotton (lebih licin dan nampak berkilat kainnya)

Semua fabrik dan aksesori untuk kisslock frame ini boleh didapati di kedai online saya https://www.facebook.com/heavycottononline/

Untuk mereka yang berminat untuk mempelajari membuat kisslock frame ini boleh juga ke kedai online untuk dapatkan maklumat lanjut.

Tiada ulasan: